Sunday, February 21, 2010

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KHB

Pentaksiran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dilaksanakan berasaskan sekolah dan berpusat. Pentaksiran bagi kertas 2 dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pentaksiran dilaksanakan melalui evidens proses dan evidens produk.
Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus disediakan untuk membantu pentaksir, calon, pihak pentadbir sekolah dan pihak lain yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran kerja kursus di sekolah.
Semua calon yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup di tingkatan 1, 2 dan 3 dikehendaki melaksanakan kerja kursus. Pihak sekolah akan melantik guru yang mengajar mata pelajaran KHB sebagai pentaksir untuk melaksanakan pentaksiran kerja kursus.
Pentaksiran kerja kursus dilaksanakan mulai:-
i) Tingkatan 1 - Januari hingga Oktober
ii)Tingkatan 2 - Januari hingga Oktober
iii) Tingkatan 3 - Januari hingga Julai

No comments:

Post a Comment